Semua perunding takaful di bawah naungan SunTijari Group terdiri daripada individu professional yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri takaful.
Pengalaman ini secara tidak langsung dapat menjamin kredibiliti sebagai perunding takaful dengan perkhidmatan yang ditawarkan bagi membantu klien di luar sana untuk mencapai matlamat kewangan sepanjang hayat dan menjadi kehidupan yang lebih baik.
Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad) ialah usaha sama oleh Syarikat Sun Life Assurance Kanada dan Khazanah Nasional Berhad.
Sebagai penyedia insurans hayat dan Takaful Keluarga, Sun Life Malaysia menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
Sun Life Malaysia mengedarkan produknya melalui pelbagai saluran pengedaran termasuk bankasurans dan banktakaful, tenaga agensi, pemasaran langsung dan telepemasaran, perniagaan korporat dan kerajaan serta e-pengedaran.
Dengan SunTijari, anda tidak perlu risau dan pening kerana Proses untuk berurusan dengan kami adalah tidak rumit. Segala bimbangan dan khidmat nasihat juga akan diberikan bagi menjamin kepuasan anda.